Wednesday, March 9, 2011

Bicara tentang MaLaS


Malas merupakan penyakit yang ada dalam setiap manusia.Malas ertinya tidak ingin bkerja, tidak ada kegiatan dan tidak mahu merasa letih.Ini adalah cita-cita setiap orang..Benarkah sikap ini?????

Sama sekali tidak dibenarkan!!Kemalasan tidak memberi apa pun kepada seseorang kecuali satu hal, yakni KESENGSARAAN..Apabila anda ingin memperoleh bukti bahawa kemalasan membawa kesan buruk berupa penderitaan, maka lihatlah orang2 yang hidupnya sengsara.Mereka kebanyakan berasal dari kumpulan2 orang2 yang malas.

Kesan Kemalasan :

1)Hilangnya HAK
Hal ini merupakan hal yg wajar kerana untuk melakukan kewajipan dan tanggungjawab, diperlukan kerja nyata dan keseriusan.Sementara kemalasan sangat bertentangan dengan hal tersebut. Rasullullah s.aw. bersabda "Apabila anda malas, maka anda tidak mungkin menjalankan hak anda". Imam Ali bin Abu talib berkata, :siapa pun yang bermalas-malas, maka ia telah menghilangkan hak-haknya.

2)Kegagalan dalam memperoleh dan mencapai harapan-harapan dan tujuan-tujuan.
Ya...ini memang nyata dalam kehidupan kita.Sebab, mencapai tujuan tidak mungkin dapat diwujudkan dengan keajaiban atau kebetulan, tetapi diperlukan usaha yang terus menerus.Imam Ali Abu Talib berkata, "Orang yang hanya bermalas-malas dan menganggur, tdak akan pernah mendapat kebahagian..

ya hasilnya adalah penyelesaian.Inilah nasib setiap orang yang menganggur dan bermalas-malas.Imam Ali Abu Talib berkata. :Siapa pun yang bermalas-malas, maka hidupnya dipenuhi dengan penyelesaian''.

Oleh itu, tinggalkanlah kemalasan dan bekerjalah terus-menerus..Apabila diri anda membisikkan ke telinga anda agar bermalas-malas dan menganggur, maka katakanlah bahawa sesungguhnya tidak ada tempat bagi kemalasan , selama-selamanya!!!!!!

P/s-ditujukan khas untuk diri sendiri..:-)...dan selamat membaca....:-):-)




No comments:

Post a Comment