Thursday, September 29, 2011

HAK perasaan


~~entah..tetiba je nk bercakap pasal Hak..hak yang sy msudkan disini adalah hak kita untuk bahagia dan juga hak orang lain untuk tidak disakiti....
~memang semua orang inginkan kebahagian....sy pun nk juga kebahagian..tetapi sesetengah orang, sanggup mnyakiti hati orang lain untuk kebahagian dirinya....bertapa sakit nya hati ble disakiti..lebih2 lagi berkaitan dengan perasaan...........
~~memang sukar untuk kita memaafkan, tetapi kita juga xberhak untuk tidak memaafkan apabila disakiti..huhu........SE,MOGA KITA DPT MEMAAFKAN KESALAHAAN org lain wlupun ianya mengambil masa yang lama.....
~~~main point di sni.."KITA BERHAK UNTUK BAHAGIA TETAPI ORANG LAIN JUGA BERHAK UNTUK TIDAK DISAKITI"

Saturday, August 13, 2011

ALHAMDULILLAH

..syukur ......kita msih menyambut ramadan untuk kali ini..semoga dpt mrayakan aldilfitri pada tahun ini.....
..alhamdullilah.....DIA masih sygkan kita untuk bertemu di ramdan ini..alhamdulillah..semoga Allah panjangkan umo kita....

Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored..:-))))

Monday, July 11, 2011

Doa jodoh..:-)


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihi....
Ya allah....
Seandainya telah Kau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami....
Agar kebahagiaan itu kekal abadi...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ketepikan yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami,....

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Kau takdirkan ..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Lupakanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan ...
Menolak bayangnya jauh dada langit.....
Hilang bersama senja nan tenang..
Walaupun tanpa bersama denganya

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hambaMu ini..

CUKUPLAH ENGKAU SAHAJA MENJADI PEMILAHARAKU...
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT....

DENGARLAH RINTIHAN DARI HAMBAMU YANG DHAIF INI...

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia mahupun di akhirat yang menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman ...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup.
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah ....
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amiennnnn........

Manis hanya pada kata-kata

~~sakitnya bila didustai.........
~~kepada pencinta dan pecintun .....janganlah mudah melafazkan cinta jika ianya hanya satu mainan........agar tiada siapa yang terluka.......
~~sakitnya bila dilukai apatah lagi bila diduakan...setelah kita berikan hati sepenuhnya kepadanya......
~~kepada yang dilukai hanya mampu bersabar dan merelakan ,mungkin itu jalan yang terbaik untuk kebahagiaanya....
~~semoga berbahagia dengan orang yang lebih kau sayanggi..janganlah ulangi apa yang telah kau lakukan padaku..agar tiada sesiapa yang terluka...
~~terima kasih atas cinta yang kau berikan....bialah ianya menjadi kenangan yang terindah bagiku...walaupun hati ini kau sakiti.......
~~Semoga berbahagia~~~~

Tuesday, July 5, 2011

Dari Hati Ke Hati



Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus,

setiap degupan jantung,

Aku selalu memikirkanmu,

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan,

Aku selalu memikirkanmu,

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang,

Barulah terasa ku bernyawa,

Kasihku.......ku amat mencintai kamu,

kerana kau beri erti hidup,

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya,

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan,

Ku bersyukur adanya kamu,

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu




Bersabarlah wahai Hati

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.


~~Petikan dari iluveislam....sama-samalah kita menghayatinya.......

Monday, July 4, 2011

Sedia ku korbankan

Lumrah dunia....ada pasang dan surutnya......
berkorban untuk orang lain adalah sesuatu yang amat mulia walaupun ianya menyakitkan...........
Berkorban demi kebahagian orang lain...berkorban kepada ibu bapa, kepada sahabat-sahabat dan kepada insan yang memerlukan.........
~~Semoga kita dapat menjadi insan yanng berkorban untuk orang lain mungkin ianya amat perit untuk dipikul namun ianya adalah satu perjuangan yang tak ternilai kepada kita......
~~Jadila insan yang baik yang sanggup berkorban......InsyaAllah...

~~Berkorban untuk orang lain lebih mulia daripada orang lain berkorban untuk kita...
~~Mungkin pengorbanan tersebut menyakitkan.......bagiku..seandainya pengorbanan tersebut membahagiakan orang lain...bialah aku berkorban untuk kebahagian itu...............

~Seandainya pemergianku dalam hidupmu membahagiakanmu..bialah aku pergi dari hidup mu.....relaku mengundur diri untuk kebahagianmu...bialahku menanggung segalanya demi kebahagianmu....
~Ku hanya mampu Berdoa................

Tuesday, June 28, 2011

Aku insan biasa


Assalammualaikumm

Aku manusia biasa....
Hamba cipataan Tuhan.....
Aku punyai hati nurani yang ingin disayangi dan dicintai.......
Aku bukanlah sempurna yang kau inginkan,
Aku bukanlah secantik yang kau inginkan,
Aku insan biasa yang tak pernah lari dari kesilapan.....
Aku punyai rasa Cinta....Cinta yang ingin ku milikki,
Namun ku mngerti,Aku bukanlah sempurna yang kau cari.....
Seandainya kau bisa mngerti apa yang lahir dihatiku...
seandainya kau bisa memahami apa yang ku inginkan
seandainya kau bisa ..........
Kata orang cinta itu buta....
Benarkah cinta itu buta??
Adakah sang Cinta yang Buta.


Ya Allah...Aku redha ketentuan Mu....
Izinku memilikki CintaMu..
walaupun kutahu sukar unttukku memilikki cinta hambaMu
walaupun aku mngerti Aku bukannlah hambaMu yang sempurna....
Alhamdullilah keranaMu masih memberi nafas untukku........

hasil nukilan diriku yang lemah.....Mawar Puteri

Tuesday, June 14, 2011

Kasih Yang suci

;;like novel like muvie,,,,,

Seputih Harapan Kudambakan....

wanna to know the sipnosis....jummmm.....



Sepuluh tahun yang lalu kesucian Nora elena dinodai.Andai masa diulang kembali pasti jiwanya tidak punah.Tapi dia sedar,takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa.Saiful idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini.Tiba-tiba muncul seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya.Nora Elena Keliru.............

Ternyata doa seth dimakbulkan.Sepuluh tahun dia masih menjejaki gadis itu.Nora elena,cinta yang bermula dari pandang pertama.Namun kenyataan tidak seindah impian.Hangatnya asmara seth,namun hanya dia yang terbakar sendiri .rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama.Jiwa lelakinya merintih.Nora elena bagai bayang-bayang yang tak dapat dipegang........

"hakikatnya,aku suami dan kau isteri.Perkahwinan ini adalah simpulan mati.Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua,"tegas seth.

Tapi mengapa elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini?Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar.Sebenarnya....Sethlah lelaki durjana itu.enodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci!Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa....saling memerlukan dan mencintai,Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima...

Nora elena akhirnya reda menerima seth.Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurga di akhirat nanti..

Thursday, May 5, 2011

masa mencemburui aku......



huh....sudah hampir tamatnya tahun 3 ku di unimas.....aku harap semua subjek final exam ni lulus dgn jayanya dn harap semoga praktikal aku pun berjalan dengan lancar........walaupun banyak rintangan dan dugaan yang ku hadapi semasa final ni....kesabaranku tetap ada..hehe.....:-)....memang jadual yang bergitu padatlah tuk exam final ni..huh..pe2 pun semua nya dh lepas,..tggal 1 sbjek lagi..hehe..smga lulus lah...harap dipermudahkan segala urusan ku..........semoga apa yang kurncangkan
dimakbulkan..amieen.....kih2.....praktikal2222.....rasa xsabar ada la jugak nak praktikal nih..kih33.......aku harap semoga praktikal dapat memberi banyak manfaat kepada aku.....semoga selepas konvo nanti aku dapat kerja...huaahua..amieeeeennnnnnnnnnn.......gudluck juga tuk sahabat2 seperjuangan.......terima kasih kerana mewarnai hidupku yang sudah berwarna nih........:-))))))

Wednesday, April 13, 2011

Kuching and Anjing.....lelaki dan prempuan...

Helloo kwn2.....nk dgr kisah x......beloeh pakai jugak perpatah yg lecturer aku ckp.....Kuching ni mcm lelaki pmpuan ni mcm anjing.......kpd yang prmpuan mesti tekejut kalau disamakan dgn anjing...sbr2 ye..ilek2 lu........jum dengar lebih lanjut ye...............

Explaination=.........kenapa lelaki leh disamakan dgn kuching lak....?????...nak tau........sebabnya......cuba kita tengok kucing-kucing kita kt umah....kalau kita layan kucing tu..mesti dia layan kita balik punya......betul x?????msti lerrr...that means.............lelaki ni kan....kalu pempuan layan dia dia akan layan balik......xkira la org tu org dia syg or x......

dah cite pasal kucing jum dengar cte anjing lak.........anjing????jahatnye kalau disamakan dgn pmpuan...kan..kan.............nak tau x sbbnya ape??????????????..lets me talk about it.........
spe yang ada bela anjing tu..or yg xde tu..kita tgk contoh2 kat lua ,or kat Tv ke......cbe tgkk.....anjing ni......setia pada tuannya je....anjing ni syg sgt gn tuannya.,....ni dpt dibuktikan jugak..apabila...ada org sruh anjing ni jga umah...aaa...faham x????????xpaham gk ke?>?????

jap ye......tapi memang betul kan..walaupun org yg takutkan anjing kata anjing ni jahat..tapi..anjing ni amat berbudi dgn tuannya tau..bkn je berbudi setia jgk tu kt tuannya......

so....why??dh paham knp anjing ni mcm pmpuan?????????....sbbnye.....pmpuan ni..kalau dh sayang gn seseorang..dia akan syg org tu samapai ble2 ..setia pada yg disayang.....

ok la..setakat ni sje cerite ceriti yg leh i kongsi kt u all semua.........nanti lain kali i cte pasal lain erkk......syukran.....sudi dgr.....:-)

Thursday, March 31, 2011

Jodoh oh Jodoh



...Jodoh oh Jodoh.....sesiapa sahaja mesti akan berasa bersyukur dan gembira seandainya orang yang kita syg n cinta ditakdirkan untuk kta...hehe....Btul kn????betul.btul.btul.(upin & ipin)....spe yg xnak klu org yg kita syg ditakdirkan untuk kita...
memang ada perpatah mgtakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan...mmg ku stju pndpt ini..mmg jodoh pertemuan dan perpisahan smua nya Allah yg mengatur..tetapi tidak salah untuk kita meletakkan dn mengharapkan sesuatu dri tuhan.....Semua inginkan kebaikkan dlm hidup kita,,...ya xslah untuk kita mgharapkan supaya org yg kita syg dijodohkan untuk kita..Doa dan Usaha merupakan satu senjata yg cukup baik untuk memohon kepadaNya...InsyaAllah...dgn izinnya akan temakbul apa yg kita iginkan.....Cubalah untuk menjadi terbaik sekiranya ingin dijodohkan org2 yg baik...........
"We can only plan,but Allah determines evrything"bebalik kpd perpatah ni...........................memang.......maybe.......hehe..seandainya apa yg kita rancang tidak menjadi mungkin sudah tersurat yg kita tidak berhak untuk memiliki apa yg kita iginkan..eww..sedinya kan....tetapi tidak salah untuk kita mengharap kpdNya agar dipertemukan dn ditakdirkan dengan org yg kita syg.......InsyaAllah...Apa yg penting kedua2 mesti yakin dn bersusaha untuk mengekalkan perhubungan yg ada..........cubalah untuk setia(krisdayanti)kah2....

Luahan hati seorang insan..haha.....

Thursday, March 10, 2011

Dengan Mu Aku Hidup - Opick.


Lirik;
DenganMu aku hidup
DenganMu aku mati
Hanyalah padaMu
hanyalah untukMu
Hidupkan dijalani

PadaMu ku berserah
PadaMu ku berpasrah
Hanyalah padaMu
Hanyalah untukMu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

~~~~suka sgt dengar lagu ni...sgt mendalam maksudnya...........Credit to Opick..very nice song

Wednesday, March 9, 2011

Bicara tentang MaLaS


Malas merupakan penyakit yang ada dalam setiap manusia.Malas ertinya tidak ingin bkerja, tidak ada kegiatan dan tidak mahu merasa letih.Ini adalah cita-cita setiap orang..Benarkah sikap ini?????

Sama sekali tidak dibenarkan!!Kemalasan tidak memberi apa pun kepada seseorang kecuali satu hal, yakni KESENGSARAAN..Apabila anda ingin memperoleh bukti bahawa kemalasan membawa kesan buruk berupa penderitaan, maka lihatlah orang2 yang hidupnya sengsara.Mereka kebanyakan berasal dari kumpulan2 orang2 yang malas.

Kesan Kemalasan :

1)Hilangnya HAK
Hal ini merupakan hal yg wajar kerana untuk melakukan kewajipan dan tanggungjawab, diperlukan kerja nyata dan keseriusan.Sementara kemalasan sangat bertentangan dengan hal tersebut. Rasullullah s.aw. bersabda "Apabila anda malas, maka anda tidak mungkin menjalankan hak anda". Imam Ali bin Abu talib berkata, :siapa pun yang bermalas-malas, maka ia telah menghilangkan hak-haknya.

2)Kegagalan dalam memperoleh dan mencapai harapan-harapan dan tujuan-tujuan.
Ya...ini memang nyata dalam kehidupan kita.Sebab, mencapai tujuan tidak mungkin dapat diwujudkan dengan keajaiban atau kebetulan, tetapi diperlukan usaha yang terus menerus.Imam Ali Abu Talib berkata, "Orang yang hanya bermalas-malas dan menganggur, tdak akan pernah mendapat kebahagian..

ya hasilnya adalah penyelesaian.Inilah nasib setiap orang yang menganggur dan bermalas-malas.Imam Ali Abu Talib berkata. :Siapa pun yang bermalas-malas, maka hidupnya dipenuhi dengan penyelesaian''.

Oleh itu, tinggalkanlah kemalasan dan bekerjalah terus-menerus..Apabila diri anda membisikkan ke telinga anda agar bermalas-malas dan menganggur, maka katakanlah bahawa sesungguhnya tidak ada tempat bagi kemalasan , selama-selamanya!!!!!!

P/s-ditujukan khas untuk diri sendiri..:-)...dan selamat membaca....:-):-)




Sudah Lumrah Manusia



Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia inginkan kebaikan dalam kehidupan........ya...memang..semua manusia ingin semuanya baik dalam kehidupan..tiada siapa yang nak keburukkan dalam kehidupan kita kan????????....
Sedangkan Penjenayah pun nak kan kebaikkan dalam kehidupan mereka....segala kejahatan yang ada dalam diri kita sebenarnya kita tidak pandai untuk mengawal emosi kita.......

Tapi kenapa?????????kenapa kita tidak pandai untuk mengawalnya????
Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh diri kita sendiri..namun bagiku....
mungkin aku insan yang lemah, yang mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan yang selalu bertindak mengikut emosi......tetapi dihatiku terdetik ingin melakukan kebaikkan....namun kejahatan juga mudah kita lakukan.....mungkin dari segi agama,...mungkin kurangnya permahaman kita tentang islam yang sebenar....
Tiada siapa yang layak menghukum kejahatan yang telah kita lakukan melainkan DIA yang maha esa....Namun Allah maha pengampun tehadap hambanya...dan menerima segala perubahan kearah kebaikan dalam diri hambanya...bertapa kasih dan sayangnya Allah S.W.T kepada kita, namun kita sering lalai dan leka dengan keindahan dunia semata-mata...
~~, semoga kita terlindung dari telalu taksubnya terhadap keindahan dunia semata-mata.....

InsHaAllah,,,,,Tuhan masih bersama kita selagi kita masih memerlukannya......
~~Marilah kita sama-sama melakukan perubahan kearah kebaikkan dalam diri kita...Allah mendegar niat kita yang ingin melakukan kebaikkan dalam diri kita..InsHaAllah, Dia akan sentiasa bersama kita.......


Monday, March 7, 2011

FoR ThE ReSt oF My LiVe ( Maher ZaiN )




For The Rest Of My Life


Album : Thank You ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

~~~~..i like this song~~~~~~~~~~~~~.ngeeee....
~~~that makes me to remember someone (..
~~.
~HUAHUA

Thursday, March 3, 2011

~~minggu yang sangat sibuk~~



Renunglah sedalam-dalam matamu...hehe

~~~~Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.~~
Vision without execution is a daydream. Execution without vision is a nightmare.
~ Japanese Proverb~






~~inilah kehidupan aku semasa nak exam...cantik x tulisan ni??????..dekat2 nak exam baru nak melakar lukisan yang indah kt kertas....hehe.....,,,memang tidak disangka, minggu yang lalu sangat2 buzy....boleh dikatakan kerja tidak putus2..nak tido pun xcukup........apa-apa pun itulah yang dinamakan dugaan hidup sebagai seorang pelajar....bak kata perpatah "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..."..ataupun berakit-rakit kehulu berenang kemudian..haha..tebalik sudah..huuhuh....exam midterm dh lepas..assgment individu pun dah lepas..tinggal yang group2 lagi ni.....oh ..my PTA....risau nye aku..nak cari tempat tuk wat kaji selidik......Ya Allah..permudahkanlah segala urusan hambaMu ini.....PTA.PTA...



bru semalam aku lepas dari 2 paper...nasib baek la paper satu senang ckit...kalu 22 susah....leh terkejut beruk, jadi beruk aku..huhuh...itulah dinamakan dugaan..sedih sangat2 jwb paper yg 1 tu..huhuuhuh.........hatiku terluka......
.

Saturday, February 12, 2011

INdahnya Ciptaan Tuhan

Pantai Pulau manukan sabah....






Indahnya ciptaan tuhan tiada siapa yang tahu..begitu juga kehidupan kita, Allah sn=entiasa memberi yang terbaik untuk kita....Setiap yang tercipta pasti ada pemiliknya...bergitu pula ada percipta disitu ada dicipta...

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.........Bergitu juga Cinta anugerah Allah...Allah menanugerahkan cinta kepada setiap HambaNya..Cinta itu di anugerahkan untuk dimiliki dn memiliki......

Sunday, February 6, 2011

Seafood Sabahan..



wow.......sedap giler makanan laut ni....yang paling syoknye, aku and kwanku dapat beli dengan harga yang murah.....yelah kan g aher2 malam mesti less ckit hrgnye..pe2 pun bersyukurla..dh la harga yang die bagi murah , percuma lgi satu...buy one free one..hehehe...thankss la pd makcik tu...xsempat nak ucap arigatou kt die....dia bgi percuma mcm x bgi je...tu la kterg xtau..hehe....
memang layang sontong and udang la mlm tu.....sedap jgk rsenye....rindu pulak nk mkn g....kenyang la jugak makan sontong katak tu..hehehe.....buntut ayam,.sayap ayam, sontong, udang.............hehe....malam tu mmg kte raikan makan mlm dgn mknan tu le..berbaloi jugak aku n kwn ku berjalan lewat ckit mlm tu..hehe..

nila mknan laut yg ku beli kt pasa malam sabah...sebelah pasa filiphine kot...hehehee..sblh kedai mutiara.....

alhamdulillah......