Monday, February 13, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar yg saya xtau...:-)



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Saturday, January 14, 2012

SEKIAN LAMA MENYEPI

assalammualaikum.......sekian lama sudah menyepi nak mengupdate blog ni..:-)...sekrang dh tahun baru da......banyak giler azam tahun baru aku tahun nih..almaklumlah..baru habis study n bergraduate dgn sah nya.hehhe...risau jugak belum ada kerja tetap ni...tp bersyukur jgk la..nasib baik ada prgram ni 6 bulan ...kira cm kontrak la.he..kira syukur jgkla ada gaji..bukan gaji elaun.:-)//at least ada jgk duit aku....bila difikir2 banyak betul azam tahun ni...yelakan umo pun dh makin meningkat takkan nk membujang je.hihii..tapi belum ade calon g ni..berserah je la pd tuhan..agr bertemu jodoh..ehheh...opss.....keje belum de lagi nk pikir pasal kahwen..huhu.....
Ya Allah,kurniakanlah rezeki pekerjaan kepada ku Ya Allah dan permudahkanlah segala urusanku..Amienn..

Thursday, September 29, 2011

HAK perasaan


~~entah..tetiba je nk bercakap pasal Hak..hak yang sy msudkan disini adalah hak kita untuk bahagia dan juga hak orang lain untuk tidak disakiti....
~memang semua orang inginkan kebahagian....sy pun nk juga kebahagian..tetapi sesetengah orang, sanggup mnyakiti hati orang lain untuk kebahagian dirinya....bertapa sakit nya hati ble disakiti..lebih2 lagi berkaitan dengan perasaan...........
~~memang sukar untuk kita memaafkan, tetapi kita juga xberhak untuk tidak memaafkan apabila disakiti..huhu........SE,MOGA KITA DPT MEMAAFKAN KESALAHAAN org lain wlupun ianya mengambil masa yang lama.....
~~~main point di sni.."KITA BERHAK UNTUK BAHAGIA TETAPI ORANG LAIN JUGA BERHAK UNTUK TIDAK DISAKITI"

Saturday, August 13, 2011

ALHAMDULILLAH

..syukur ......kita msih menyambut ramadan untuk kali ini..semoga dpt mrayakan aldilfitri pada tahun ini.....
..alhamdullilah.....DIA masih sygkan kita untuk bertemu di ramdan ini..alhamdulillah..semoga Allah panjangkan umo kita....

Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored..:-))))

Monday, July 11, 2011

Doa jodoh..:-)


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihi....
Ya allah....
Seandainya telah Kau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami....
Agar kebahagiaan itu kekal abadi...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ketepikan yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami,....

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Kau takdirkan ..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Lupakanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan ...
Menolak bayangnya jauh dada langit.....
Hilang bersama senja nan tenang..
Walaupun tanpa bersama denganya

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hambaMu ini..

CUKUPLAH ENGKAU SAHAJA MENJADI PEMILAHARAKU...
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT....

DENGARLAH RINTIHAN DARI HAMBAMU YANG DHAIF INI...

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia mahupun di akhirat yang menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman ...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup.
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah ....
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amiennnnn........

Manis hanya pada kata-kata

~~sakitnya bila didustai.........
~~kepada pencinta dan pecintun .....janganlah mudah melafazkan cinta jika ianya hanya satu mainan........agar tiada siapa yang terluka.......
~~sakitnya bila dilukai apatah lagi bila diduakan...setelah kita berikan hati sepenuhnya kepadanya......
~~kepada yang dilukai hanya mampu bersabar dan merelakan ,mungkin itu jalan yang terbaik untuk kebahagiaanya....
~~semoga berbahagia dengan orang yang lebih kau sayanggi..janganlah ulangi apa yang telah kau lakukan padaku..agar tiada sesiapa yang terluka...
~~terima kasih atas cinta yang kau berikan....bialah ianya menjadi kenangan yang terindah bagiku...walaupun hati ini kau sakiti.......
~~Semoga berbahagia~~~~

Tuesday, July 5, 2011

Dari Hati Ke Hati



Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus,

setiap degupan jantung,

Aku selalu memikirkanmu,

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan,

Aku selalu memikirkanmu,

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang,

Barulah terasa ku bernyawa,

Kasihku.......ku amat mencintai kamu,

kerana kau beri erti hidup,

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya,

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan,

Ku bersyukur adanya kamu,

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu